Friday, November 1, 2013

Tablet "CARIKU MALAYSIA"

Tablet Cariku Malaysia 7" 4GB (Model Q9)

Korang pernah dengar nama tablet Cariku ni? Mesti xramai yg tau hehe termasuk la aku..
Ni nak story macam mana aku boleh terjebak beli benda alah ni pn xtau la...hahahahaha
1st of all meh aku tempek dulu gambar tablet CARIKU spya korang blh tengok cmne rupa benda alah tu ;p


Nampak tu perkataan CARIKU? Dgr kata produk malaysia tp made in Taiwan..ada gak yg kata tablet ni produk Taiwan tp d rebranding jadi produk Malaysia.
Yg wire hitam atas tablet tu dia pny usb spot..leh cucuk pendrive ke broadband ke..tablet ni xde port tuk simkad..



Sory ye kengkawan pic xbrp nk clear..Tablet ni ada kamera dpn belakang. Depan Vga aje..belakang lak 2mp..screen dia TFT aje n xla clear sesangat bila amek gambar tu...
Android version dia 4.1.1 so smooth laaa xde la aku kene tenyeh screen tu kuat2 kan kikikiki :p

So yang tetiba buat aku terjebak nak beli ni pasal satu hari tu aku godeh2 kat group iklan kt facebook n ternampak la iklan pasal tablet ni.
So d sebabkan aku xpernah dengar nama CARIKU ni aku pun add la org ni sbb nk tgk wall dia mula2nya...mula2 aje...bila da tgk wall harga murah lak RM199 tp de diskaun dan harganya RM180 terus aku PM. Tu la prempuan pantang nampak perkataan "DISKAUN"
laju aje PM crita punya crita gedebak gedebuk terus OK Deal!!

Dua hari kemudian barang pn sampai depan mata..on xboleh so mesti la sbb xde bateri n kene cas dulu. Masa cas tu chager de problem sikit kejap cas kejap stop..Dalam hati xpe la asalkan boleh cas..huhu nak sedapkan hati sebenarnya.
Tiga hari selepas tu chager tu terus K.O xboleh guna langsung. Suami aku da bengang tp aku cool aje..xnak la gelabah kang aku gak d persalahkan..hehe
Last crita punya crita dgn org jual tu rupanya diorg bg bukan chager asal bg chager lain yg blh masuk mana2 tab..katanya chager asal rosak n diorg tukar chager lain..geram la gak ptut tukar la chager ori jenama CARIKU gak ni tak..bg chager china punya yg jual kt kedai. cam hampeh gak la..tp ak sabarje xkata pe cm nk tau solution then dia suruh call supplier nama Mr. William. so da call dia kata akan pos chager ori yg baru. tapi smpai skrg xpos lg pn..katanya bz n mtk tgu smpai mnggu depan..kiranya after cuti deepavali n awal muharam la..so aku nak tengok la dia pos ke x...hmm so dah dapatkan pengajaran dan pengalaman bahawasanya lau nak beli pape gadget beli la kat kedai jgn beli online! Tab jenama ni ok la dgn harga dia yg murah..tp xbest sbb sound dia pelan ya amat!