Saturday, March 10, 2018

Pengalaman Bersalin 27/2/2018 (Part 1)

Alhamdulillah harini 10/3/2018 adalah hari ke 11 aku berpantang..dan usia bayiku juga haruslah 11hari jugak..pertama kali nak share pengalaman bersalin kt blog sendiri itupun anak yang ke tiga 😅
Mcm yg aku ckp sebelum ni, aku ikhtiar bersungguh-sungguh untuk untuk bersalin secara normal..antara yang aku amalkan ialah Qatamkan Al-Quran sewaktu mengandung, amalkan baca surah Maryam baca surah Yassin, Berzikir..sentiasa berdoa untuk dipermudahkan bersalin dan minta untuk bersalin secara Normal..
Ceritanya bermula pada 25/2/18 (Ahad) lebih kurang jam 5.45am aku terjaga dari tidur perasan seluar basah (sebesar tapak tangan) aku gi toilet tengok mmg basah dan aku cuba cium tak ada bau..aku mula fikir air ketuban ke ni..dalam pukul 6 pagi aku cek lagi ada bloody show warna coklat..so mmg confirm la aku ni dah ada tanda nak bersalin..so dalam pukul 8 aku ajak suami gi HUKM, ikutkan malas nak gi cek bukaan sebab tau kalau keluar tanda darah ni tapi tak sakit jangan harap lah nak ada bukaan 2cm ke atas..berdasarkan pengalaman bersalin dua anak yg lepas gitu lah gayanya..tapi sbb ada basah kt seluar takut air ketuban bocor tu yang gigih pergi gak hospital untuk cek.. sampai je sana mcm biasa cek CTG dulu pastu buat VE tengok bukaan 1cm dan doc lelaki yg cek aku masa tu kata itu bukan air ketuban..jadi doktor suruh aku balik rumah dan tunggu ada sakit contraction baru datang balik..hmm seperti yang di jangka kene halau balik rumah..
Petang 2pm, rasa lah juga perut ni kerap mengeras tapi tak sakit pun, so aku buat relax jelah..petang tu dlm kul 6 lebih ada rasa mild contraction..sela masa tak teratur sangat dalam 23minit, belas minit..
Lebih kurang jam 9 malam contraction tu rasa kuat sikit dari petang tadi dan sela masa 15-10 minit. Tapi masa ni masih lagi tak rasa kuat sangat so aku boleh relax lagi..bila dah 3 pagi contraction rasa kuat lagi dari 9 lebih tadi..aku dah cuak jugak masa tu..dah la suami aku duty kat sg buloh..jam 8 pagi baru dia balik..aku pun tahan jela dulu mula tu..sebab sakit tu belum tahap aku kerut dahi lagi..tapi aku inform dah suami kt sana tengok2 dia cakap dia minta balik awal..kul 4 lebih dia sampai rumah aku suruh dia tidur dulu sbb aku fikir anak² aku takde sape nak tengok, takkan nak angkut pagi² buta diorg dua gi hospital..kesian lak..so aku decide tunggu pagi lepas anak aku yg sulung g sekolah tadika..lagi pun aku tau jenis aku ni bukaan tu agak lambat..

-- To Be Continued --

Hasil scan 35weeks 3days

Assalamualaikum...Haritu ada story yg kata nak jumpa bidan dari sekinchan untuk betulkan kedudukan baby aku yg songsang..ok masa pergi tu sampai rumah parents ipar aku dlm kul4 lebih..after solat asar mcm biasa la org hidang mcm² dgn air..aku pun as tetamu xkan nak tolak kan so makan la sikit n agak banyak minum air sbb haus haus gila..cuaca mmg panas betul masa tu.. lepas makan tunggu adik ipar ak sesiap then pergi umah mak bidan tu..sampai sana dia baru nak solat asar dan minta nama penuh aku sbb dia nak buatkan air atas nama aku..beberapa minit lepas tu dia suruh aku masuk bilik dan aku ditemani adik ipar dlm bilik tu.. nervous gak masa tu..dia suruh aku baring dan dia sapu air yg dia baca tadi tu sambil goyang² kan sikit perut aku..mmg xde sakit apa pun masa dia buat tu sbb dia xurut pun...lepastu dia ambil mangkuk yg dalamnya ada beras dia buat pusingan ikut lawan arah jam atas perut aku..kebanyakan bidan yg betul bidan mmg akan akan guna kaedah ni..lepas tu dia sambung lagi goyang² kan perut aku..mmg ak dpt rasa baby aku ni bergerak..tp malangnya disebabkan baby aku tidur dan tak aktif untuk bantu bergerak mmg agak lambat lah dia berpusing..kemudian makcik tu ckp "kamu baru lepas makan ye?" "Makcik xboleh tolak lebih dari ni sebab tersangkut kt atas ni sbb perut kamu dah penuh" aku pun ckp " La yeke...xleh makan ke..saya xtau..kalo tau mmg saya xmakan minum tadi" sedih lak usaha yg nak dibuat xberjaya..tapi makcik tu tetap usaha last baby bergerak gak sikit dari betul² kepalanya kat atas dapat la senget ke belah kiri sikit..kaki baby pun dah tak tersangkut kat bawah lagi..masa makcik tu buat mmg rasa baby tu bergerak walaupun tanpa membuat urutan atau tolak mcm doctor yg buat ECV tu..
     Tiba hari aku checkup kt HUKM masa tu 35weeks 3 day, masa scan tengok baby duduk dalam keadaan melintang pula..tapi aku agak lega lah sebab kepala dia bukan kat atas lagi.. maksudnya dia dah boleh berpusing balik..masa tu agak bersyukur gak lah dan aku pun terus berdoa agar 36weeks nanti kepalanya berada dibawah..

Friday, January 5, 2018

BREECH / SONGSANG PADA 31 WEEK

Assalamualaikum semua yg sudi singgah ke blog mek eza ni.. Harini nak cerita rasa sedih dalam hati ni.. tengok tajuk je dah rasa sedih 😢😢..
Harini usia kandunganku sudah 31 minggu 4 hari.. Alhamdulillah diberi kesempatan sehingga sekarang membawa bayi dalam rahim ku ini.. cuma yg sedihnya masa checkup 28weeks doc ada scan dan doc cakap baby Breech @ songsang..agak terkejut juga lah tp doc tu baik cakap xpe ada banyak masa lagi bby nak pusing balik sbb masih banyak ruang..walaupun doc tu try tenangkan perasaan aku ni,aku tetap susah hati sbb kebanyakan bby songsang ni belum tentu dia nak pusing balik..doc cakap 36w baru boleh risau sbb biasanya 36w bby dah stuck xboleh nak berpusing so kene jumpa pakar..tapi jgn risau songsang ada bnyk jenis kalau bontot kt laluan boleh bersalin normal tapi bontot bby la yg keluar dulu..itu kata doc tu lah..hmm aku anggukkan aje kepala konon faham 😅 tp tetap xleh nk accept kenyataan yg sebenar bby aku songsang..so masa checkup 30w aku ada tanya nurse, betulke nurse boleh tau kedudukan bby tu songsang ke tidak..nurse jawab boleh tau n dia tanya kenapa..aku pun story la hasil scan 28w tu doc ckp bby breech..so nurse tu pun start la raba perut aku..then dia pun mcm unsure kedudukan bby aku hahaha tadi ckp boleh tau kan..pastu dia guna alat kesan jantung bby tu..baru dia ckp yelah bby awk songsang ni kepala kt atas..sbb kalo kepala kt bawah bunyi jantung dia kt sini sambil tunjuk kt aku lah kedudukan alat tu kt mana..lepastu dia raba2 lagi perut aku nk pastikan..dia ckp pegang bawah ni pun masih boleh goyang² lagi.aku pun xberapa faham apa yg boleh goyang tu..lepastu nurse ckp "xpe eza nnt masa checkup kt HUKM, 32w diorg akan cek n kalo songsang nnt diorg akan refer pakar..tapi awk pernah czerkan sebelum ni?" sambil belek buku pink aku..aku pun jawab ye..nurse ckp "kalo czer biasa doc xbuat dah ECV..(ECV tu proses pusingkan balik baby ke kedudukan yg normal, dan dilakukan oleh doktor pakar sahaja) ni apa yg akk tau la.." kata nurse tu.."Tapi eza boleh try tanya dan bincang dgn doc pakar kt sana.." aku dah seram dah kalau xboleh buat ECV mmg Czer la jawabnya..walaupun dah hampir 6 tahun merasai pengalaman czer tu sampai skrg aku TRAUMA.. hari² doa minta bersalin secara normal..kali ni aku pantang sendiri..mak aku xboleh tolong jaga sbb kerja..suami pulak cam biasa lah bukan boleh cuti panjang.. ngeri fikir nak pantang sendiri dengan 3orang anak yg kecik²..yg sulung baru 6 tahun pandai la urus sendiri tapi mcm makan tu masih lagi aku yg kene layan..no 2, 3 tahun..mandi sendiri tak reti lagi..kencing & berak kt bilik air pun aku yg bawak dan angkat duduk kt jamban sbb umah aku tu semua jamban duduk..basuh tangan lepas makan pun masih aku yg dukung bawak ke sinki..xleh bayangkan kalo czer aku nak buat smua tu 😢😢..jadi berharap sgt dapat bersalin normal..bukan apa, memudahkan urusan aku bila suami dah mula bekerja dan nak uruskan anak² walau dalam pantang..
Hari ini 31w, aku scan kat Poliklinik Az Zaara,ampang.. scan growth 2D baru RM30, so kesana lah kita sebab murah huhu..murah itu wajib k!! Masih mengharapkan keajaiban berlaku, malangnya sonographer cakap "kepala baby kat atas, ni kat bawah kaki dia...elok je bersila" aku pun 😱😱😱 terus rasa down, anakku masih lagi syok dalam kedudukan yg sebegitu..Ya Allah, aku dah usaha sujud lama² waktu solat..letak torch light & pasang zikir letak kat Kawasan ari-ari sambil berharap baby ku berpusing apabila mendengar zikir dan cahaya dikawasan bawah perut...malangnya hasil usahaku itu tidak berjaya 😞.
Akhirnya aku tekad untuk usaha cara kampung, adik ipar aku ada kenal bidan kampung dari sekinchan..adik ipar org sekinchan,rumah parents dia area tali air..so bidan tu mmg pure bidan kg..katanya lah..so bagi aku, tak apa lah ini salah satu cara aku nak usaha walaupun nurse tak bagi jumpa mana² bidan..esok 6/1/2018 makcik tu suruh datang rumah dia lepas solat asar..nak betulkan bby yg songsang ni makcik tu kene ikut kalendar islam..waktu yg sesuai esok 19 Rabiul Akhir.. sebenarnya dah tanya makcik ni dari aku checkup 30w lagi, dia ckp itu je hari yg sesuai nak betulkan kedudukan bby songsang..sebabtu harini 31w aku pergi scan nak tengok kedudukan baby..kalau ok memang tak pergi dah lah rumah makcik tu..tapi scan mmg songsang juga so kira proceed jela usaha dgn makcik tu esok.. berharap serasi lah dengan makcik tu... harap semuanya di izinkan Allah dan berjaya pusingkan baby ke kedudukan yg sepatutnya..aku hanya mampu usaha dan berdoa..nanti dah jumpa bidan tu, aku story balik kat sini... Doa kan saya ye semua...

Friday, December 29, 2017

Y.E.S 2017 Breast Pump Autumnz Bliss Murah

Harini nak share sikit apa yg aku beli utk persediaan dalam pantang nanti..
Disebabkan org duk sibuk dgn promosi Y.E.S 2017 ni, aku pun cam biasa lah dah target nak beli breast pump Autumnz Bliss..kalo tengok kt FB atau mana² website standard price over RM200 jugaklah..
Aku ni suka shopping kt Shopee so adalah survey kt situ dan paling murah pernah jumpa RM185 free postage..murah kan? NEW item not 2nd tau...so dah lama mmg aku like awal² so next time bila ada duit senang nak sambar, xpayah susah2 nak cari balik..sempena Y.E.S ni ingatkan ada lah promo utk breast pump yg aku Like tu..tengok xde pulak..Promo Code pun xde..so harga mmg itu jelah KEKAL..haha dah murah nak murah lagi kan..zaman najib ni mmg kalo boleh nak yg murah dan berkualiti je 😅😅
So godeh2 kt Google jumpa la satu web ni.. Motherhood namanya ada buat Y.E.S juga.. so tengok breast pump yg aku nak tu mmg tengah sale..RM183.20 je disebabkan aku tengok Autumnz Disposable Panty dia pun ada Sale..mmg terbaik la kalo nak sambar dua² ni sekali gus.. Autumnz Disposable Panty biasa RM6.50 hingga RM7 lebih. motherhood cuma RM5.52 je..so aku order 2pek..belanja above RM99 dapat free postage so aku memang dah jimat kt situ..Total semua baru RM194.24 😊
Dapat lagi diskaun RM15 sebab pelanggan baru.. Total paid cuma RM179.24 je berhuhuhu lah aku sbb lagi berganda aku dapat jimat 😂😂.. Breast pump auto + Disposable Panty 2pek dapat harga tu terus sambar, esoknya jugak sanggup gi masuk duit kt Maybank 😂😂 ..


Yang Free manual pump tu mmg dapat cuma xde dalam gambar, sbbnya yg free gift tu sampai dulu 2hari yg lepas..so dah simpan dalam almari, daku malas nk punggah balik 😅..

Ni dalam kotaknya ye..ada free USB untuk sambung ke Powerbank..antara sbb aku pilih Autumnz Bliss ni dia boleh menggunakan Power Bank..so dalam kereta ke jalan kemana2 ke senang nak pump xpayah sibuk nak cari soket utk cucuk plug..lepastu suka sbb bunyi agak silent..senyap..xde bunyi kuat bila pump..so dah try test tadi ON semua OK..bunyi dia mmg agak senyap..dan aku suka sebab ada screen bukan apa senang nak tengok level suction dgn masa yg diambil utk pam..ada je yg murah sikit dari ni tapi takde screen so mcm xpasti lak bila kita nak adjust level -/+ tu agak² level brp..sbb takde screen 😅😅.. So nanti aku akan buat review la bila tiba masa dah guna nanti, kita tengok OK ke K.O breast pump Autumnz Bliss ni 😄😄

Thursday, November 9, 2017

Amalan pengambilan supliment ketika mngandung

Assalamualaikum n salam sejahtera semua..hari ni mek eza nak share dgn korang semua apa yg aku ambil time mengandung ni..masa mengandung anak 1st mmg xtau langsung pasal pemakan atau supliment yg berkhasiat untuk baby dalam kandungan ni. Just makan ubat KK bagi itu pun banyak skip dan waktu mengandung amatlah kurang makan benda yg berkhasiat..makan benda merapu mcm Double Cheese Burger, Pizza, KFC, Nando's, Burger tepi jalan, aiskrim..cuma time kerja kt office time lunch suka makan buah nenas + jambu letak asam..dari awal mengandung mmg hari² makan dua jenis buah ni.. pagi minum susu kotak tak pun teh ais, tak pun neslo ais..tapi neslo ais agak kerap hampir hari²..lunch kadang mkn nasi kadang tak sbb keje terlalu bnyk..mkn malam suka mkn bihun tomyam, meggi, atau nasi goreng. Hasilnya anak aku lahir 39minggu 4hari tapi kurus je berat 2.6kg dan kulit kedut2 dah mcm baby premature lak..maknya masa mengandung naik berat dari 65kg-83kg 😱 , ingat gemok anak pun ikut gemok rupanya kurus sbb makan xberkhasiat masa ngandung..so ambil pada pengajaran lepas..yg 2nd mkn benda berkhasiat sikit..hasilnya lahir 40w3d berat 2.8kg kalo tengok berat mmg dengar kecik tapi badan sedap bulat tembam..nurse heran ingt 3kg atau 3kg lebih sekali timbang 2.8kg..maybe jenis rangka kecik..ringan tulang..so yg ketiga ni lagi advance la sikit jaga makan..ni apa yg aku amalkan hari².. tapi ada yg skip jugak kadang²..


1) Obimin: Yang ni mmg wajib lah makan hari²..Obimin ni KK yg bekalkan senang sehari sebiji je makan..kalo yg banyak² tu aku suka miss makan yg iron tablet warna coklat tu huhu..
2) Pati Delima: Yang ni dari awal mengandung sampai sekarang aku minum buat air..tapi awal² dulu tiap pagi bancuh dengan madu tualang..tp madu tualang aku dah habis so minum gitu aje lah.. beli jenama Fars kt Tesco baru RM17 lebih tapi isi dalam dia banyak dari jenama gulsan tu..anak 2nd amalkan gulsan tp trensmiter pertama je pastu xamalkan dah sbb bancuh air pun masam n kelat so takleh nak telan..sbb gulsan ni sekali dgn kulit delima..jenama fars ni hanya isi delima so boleh telan
3) Susu Moeder: Yang ni pun dari trensmiter pertama amalkan..tapi takde lah hari² sbb masa tu masih lagi dgn simptom mual bagai jadi jarang² minum..tapi da masuk trensmiter ke dua ni da boleh la layan hari²..beli moeder ni sbb isi kandungan dia yg utama susu kambing..dari ank kedua mmg aku suka layan susu kambing tp dulu beli hi goat je..yg ni sbb ada campuran habatussauda,madu,kurma,buah tin, gam arab n macam2 lagi lah..so kita try yg ni lak jadikan amalan..walau xdpt amalkan hari² pun xpe sbb mahal huhu kopak duit laki den 😅
4) Minyak Kelapa Dara: Yang ni aku baru je amalkan start nak masuk 6 bulan mengandung. Masa ank kedua pun aku amalkan vco jugak tapi masa tu dah start 7bulan baru amalkan..tp masa tu beli yg liquid..kali ni saja beli soft gel juz makan 3biji je sehari..nanti dah masuk 8bulan akan beli liquid lak makan sehari 2sudu.
5) Buah-buahan: Yang ni takde gambar ye huhu.. mengandung kalini aku amatlah gila pada buah..paling favorite sekali buah mangga masak yg manis..mmg selalu beli..kalo time ngah mahal xde lah beli hehe..lepastu suka makan buah longan (time musim je ada), anggur,betik,pisang,tapi skrg hari² aku layan sunkist (orange Navel) yg ni sedap manis..kalo yg Valencia tu masam sikit....sape yg de masalah membuang time ngandung ni try amalkan mkn limau ni mmg elok..nnt next entry, aku story bab senang membuang ni.

Setakat ni tu jelah amalan ku hari² walau ada yg terskip 😅😅.. berat badan aku pun xnaik banyak sgt kali ni sbb jaga gak makan, xnak hentam mcm masa ank 1st dulu..maknye gemok anaknye keding sbb bnyk sgt makan makanan segera 😓😓

Wednesday, November 8, 2017

Review Water Heater Deka D50

Assalamualaikum semua, semalaman daku cari review pasal water heater Brand Deka ni tapi malangnya tak ada lak yg guna @ buat review..ke aku sorang je yg beli brand ni 😅
Semalam dapat durian runtuh so terus ajak husband gi cari water heater..almaklumlah sejak ngandung ni badan tak tahan dengan air sejuk..kene lak duk flat lepastu musim hujan aje..air pun dah rasa mcm air ais..tiap pagi kene masak air buat air suam utk diri sendiri..tapi xlarat hari² nak masak air..dah la bilik air dgn dapur jauh..jadi bila fikir balik penting gak water heater ni senang nanti dalam pantang xpayah nak masak2 air..dah lah kalini pantang sendiri..jadi encik suami pun setuju menurut hasrat si isteri hehe love u suamiku 😘😘
So semalam jugaklah meronda area seri kembangan cari kedai elektrik..pergi one living harga bapak mahal..so cancel cari kedai lain..jumpa satu kedai ni mmg ramai org..ada brand panasonic yg without pump RM 299 minta kurang dia kasi RM270 then installation lak sampai RM200 sebab xpernah pasang water heater sebelum ni..mcm mahal sangat lak upah pasang + wire + suis on/off.. Total RM470..over budget lah pulak..mintak kurang pun dia kata installation boleh bagi RM150 tapi buat cincai jela tak buat cantik²..eceh untie ni boleh lak nk buat wiring cincai2 ye tapi RM150 lak..so terus cancel kedai ni..tgk seberang jalan kedai untie cincai ni ada 1 lagi kedai elektrik.. so pergi terjah sana terus cakap water heater ada? Toke kata ada..mau pump takde pump? Ak ckp xde pump punya..berapa yg paling murah? Toke tu terus tunjuk paling murah ini jenama Deka RM220. Aku tanya oo Deka eh, kalau Panasonic berapa? Toke jawab Itu panasonic takde stok lah, harga dalam RM240.. dalam hati aku mula berkata wahh murah lagi dari kedai untie seberang nun..sayang lak tak ada stok..Toke tu tanya, "kenapa u mau panasonic ke? Itu panasonic tarak bagus la sekarang..banyak problem woo..ini Deka lagi bagus dari itu Panasonic.."
Aku jawab balik "tapi ini jenama Deka tak pernah dengar lagi.. betul ke bagus..?" Laju je toke tu jawab "yee.. ini Deka bagus, sudah banyak orang beli tarak komplen..u jgn risau punya ini Deka lagi bagus dari Panasonic.."
So aku tanya lak pasal kos Installation tauke tu kata install kalo belum ada wiring semua RM180..kalo wiring sudah ada cuma datang pasang saje RM80.. so total Deka + Installation RM400. Encik suami n aku pun setuju..setuju bkn sebab termakan dgn kata2 toke tu yg Deka ni lagi bagus dari Panasonic tapi ikut bajet yg mampu..huhu..Deka pun Deka lah janji ada water heater kat rumah 😄😄
Ooppss!! Lupa lak nak kabo...Deka ni Made in Malaysia, so why not we support our local product kan? 😛😛
Harini diorang datang pasang semua..
Setelah dua jam lebih berhempas pulas akhirnya siap..
TADAAAAAA~~~~


Tu dia Deka model D50 without pump..dah try test ok panas..tapi xpayah buka kuat level dia dah panas..pusing lebih sikit dari ON je dah ada rasa suam sikit.. hope jimat la elektrik sbb level xbuka tinggi..Nanti kita tengok berapa lama brand ni boleh bertahan..will update later..Daaaaaa~~ 😄😄

Friday, October 27, 2017

Shopping Set Pantang kat Shopee

Assalamualaikum semua, harini nak share story sikit pasal shopping kt Shopee.. Siapa yg tak pernah tau pasal shopee ni rugi wooo... mcm² ada..rambang mata kalo window shopping kt situ.. xpayah nak penat2 berjalan kaki..sambil guling atas katil pun syok, cuma tak syok mata korang jela nanti yg penat sebab boleh terjuling2 tengok barang dan harga yg over murah dalam tu 😂😂
Baru2 ni aku grab produk hot set berpantang Nona Roguy.. Teka arrr berapa harga? Biasa paling busuk kt FB tahun 2017 ni pernah jumpa pun RM235 include postage..ni aku beli kt Shopee harga mcm kat bawah ni..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM216 tapi guna voucher shopee dapat less RM10, total payment RM206 je.

Terlajak murah kan korang? Ke ada yg pernah dapat lagi murah dari ni huhu..

Paling best nya dari chintastore ni, siap dengan free gift lagi..semoga murah rezeki seller ni 😊
Nak show off sket apa free gift yg aku dapat beli kt sini.


Ha nampak tu apa free gift nya..kira ok la kan?? Sape nak kasi free semua ni.. thermometer pun ok berfungsi elok..memang puas hati..order 25/10 pagi 26/10 sampai, nasib pos laju xdelay..kalo delay mau 27 sampai..tp still ok lah sbb seller ni pos keluar hari yg sama kita order..
Kalo korang yg xtau tu boleh download aje Application Shopee kat playstore..aku pun dah tiga benda order dari Shopee termasuk Topup Umobile..topup RM10 baru RM9.30 je uolls... topup RM30 baru RM27.90 👍👍👍
Tapi satu je kene pandai survey, jangan terus beli je bila nampak murah..sbb ada yg lagi murah dari yg korang tgk tu..lagi satu plssss baca komen dari pembeli dulu sebelum beli apa² dari seller..sbb ada yg trusted barang berkualiti dan ada yg kurang dari segi kualiti barang..kene rajin2 kan diri membaca komen pembeli.. Good Luck ye korang 🤗🤗