Friday, January 5, 2018

BREECH / SONGSANG PADA 31 WEEK

Assalamualaikum semua yg sudi singgah ke blog mek eza ni.. Harini nak cerita rasa sedih dalam hati ni.. tengok tajuk je dah rasa sedih 😢😢..
Harini usia kandunganku sudah 31 minggu 4 hari.. Alhamdulillah diberi kesempatan sehingga sekarang membawa bayi dalam rahim ku ini.. cuma yg sedihnya masa checkup 28weeks doc ada scan dan doc cakap baby Breech @ songsang..agak terkejut juga lah tp doc tu baik cakap xpe ada banyak masa lagi bby nak pusing balik sbb masih banyak ruang..walaupun doc tu try tenangkan perasaan aku ni,aku tetap susah hati sbb kebanyakan bby songsang ni belum tentu dia nak pusing balik..doc cakap 36w baru boleh risau sbb biasanya 36w bby dah stuck xboleh nak berpusing so kene jumpa pakar..tapi jgn risau songsang ada bnyk jenis kalau bontot kt laluan boleh bersalin normal tapi bontot bby la yg keluar dulu..itu kata doc tu lah..hmm aku anggukkan aje kepala konon faham 😅 tp tetap xleh nk accept kenyataan yg sebenar bby aku songsang..so masa checkup 30w aku ada tanya nurse, betulke nurse boleh tau kedudukan bby tu songsang ke tidak..nurse jawab boleh tau n dia tanya kenapa..aku pun story la hasil scan 28w tu doc ckp bby breech..so nurse tu pun start la raba perut aku..then dia pun mcm unsure kedudukan bby aku hahaha tadi ckp boleh tau kan..pastu dia guna alat kesan jantung bby tu..baru dia ckp yelah bby awk songsang ni kepala kt atas..sbb kalo kepala kt bawah bunyi jantung dia kt sini sambil tunjuk kt aku lah kedudukan alat tu kt mana..lepastu dia raba2 lagi perut aku nk pastikan..dia ckp pegang bawah ni pun masih boleh goyang² lagi.aku pun xberapa faham apa yg boleh goyang tu..lepastu nurse ckp "xpe eza nnt masa checkup kt HUKM, 32w diorg akan cek n kalo songsang nnt diorg akan refer pakar..tapi awk pernah czerkan sebelum ni?" sambil belek buku pink aku..aku pun jawab ye..nurse ckp "kalo czer biasa doc xbuat dah ECV..(ECV tu proses pusingkan balik baby ke kedudukan yg normal, dan dilakukan oleh doktor pakar sahaja) ni apa yg akk tau la.." kata nurse tu.."Tapi eza boleh try tanya dan bincang dgn doc pakar kt sana.." aku dah seram dah kalau xboleh buat ECV mmg Czer la jawabnya..walaupun dah hampir 6 tahun merasai pengalaman czer tu sampai skrg aku TRAUMA.. hari² doa minta bersalin secara normal..kali ni aku pantang sendiri..mak aku xboleh tolong jaga sbb kerja..suami pulak cam biasa lah bukan boleh cuti panjang.. ngeri fikir nak pantang sendiri dengan 3orang anak yg kecik²..yg sulung baru 6 tahun pandai la urus sendiri tapi mcm makan tu masih lagi aku yg kene layan..no 2, 3 tahun..mandi sendiri tak reti lagi..kencing & berak kt bilik air pun aku yg bawak dan angkat duduk kt jamban sbb umah aku tu semua jamban duduk..basuh tangan lepas makan pun masih aku yg dukung bawak ke sinki..xleh bayangkan kalo czer aku nak buat smua tu 😢😢..jadi berharap sgt dapat bersalin normal..bukan apa, memudahkan urusan aku bila suami dah mula bekerja dan nak uruskan anak² walau dalam pantang..
Hari ini 31w, aku scan kat Poliklinik Az Zaara,ampang.. scan growth 2D baru RM30, so kesana lah kita sebab murah huhu..murah itu wajib k!! Masih mengharapkan keajaiban berlaku, malangnya sonographer cakap "kepala baby kat atas, ni kat bawah kaki dia...elok je bersila" aku pun 😱😱😱 terus rasa down, anakku masih lagi syok dalam kedudukan yg sebegitu..Ya Allah, aku dah usaha sujud lama² waktu solat..letak torch light & pasang zikir letak kat Kawasan ari-ari sambil berharap baby ku berpusing apabila mendengar zikir dan cahaya dikawasan bawah perut...malangnya hasil usahaku itu tidak berjaya 😞.
Akhirnya aku tekad untuk usaha cara kampung, adik ipar aku ada kenal bidan kampung dari sekinchan..adik ipar org sekinchan,rumah parents dia area tali air..so bidan tu mmg pure bidan kg..katanya lah..so bagi aku, tak apa lah ini salah satu cara aku nak usaha walaupun nurse tak bagi jumpa mana² bidan..esok 6/1/2018 makcik tu suruh datang rumah dia lepas solat asar..nak betulkan bby yg songsang ni makcik tu kene ikut kalendar islam..waktu yg sesuai esok 19 Rabiul Akhir.. sebenarnya dah tanya makcik ni dari aku checkup 30w lagi, dia ckp itu je hari yg sesuai nak betulkan kedudukan bby songsang..sebabtu harini 31w aku pergi scan nak tengok kedudukan baby..kalau ok memang tak pergi dah lah rumah makcik tu..tapi scan mmg songsang juga so kira proceed jela usaha dgn makcik tu esok.. berharap serasi lah dengan makcik tu... harap semuanya di izinkan Allah dan berjaya pusingkan baby ke kedudukan yg sepatutnya..aku hanya mampu usaha dan berdoa..nanti dah jumpa bidan tu, aku story balik kat sini... Doa kan saya ye semua...

1 comment: