Saturday, March 10, 2018

Pengalaman Bersalin 27/2/2018 (Part 1)

Alhamdulillah harini 10/3/2018 adalah hari ke 11 aku berpantang..dan usia bayiku juga haruslah 11hari jugak..pertama kali nak share pengalaman bersalin kt blog sendiri itupun anak yang ke tiga 😅
Mcm yg aku ckp sebelum ni, aku ikhtiar bersungguh-sungguh untuk untuk bersalin secara normal..antara yang aku amalkan ialah Qatamkan Al-Quran sewaktu mengandung, amalkan baca surah Maryam baca surah Yassin, Berzikir..sentiasa berdoa untuk dipermudahkan bersalin dan minta untuk bersalin secara Normal..
Ceritanya bermula pada 25/2/18 (Ahad) lebih kurang jam 5.45am aku terjaga dari tidur perasan seluar basah (sebesar tapak tangan) aku gi toilet tengok mmg basah dan aku cuba cium tak ada bau..aku mula fikir air ketuban ke ni..dalam pukul 6 pagi aku cek lagi ada bloody show warna coklat..so mmg confirm la aku ni dah ada tanda nak bersalin..so dalam pukul 8 aku ajak suami gi HUKM, ikutkan malas nak gi cek bukaan sebab tau kalau keluar tanda darah ni tapi tak sakit jangan harap lah nak ada bukaan 2cm ke atas..berdasarkan pengalaman bersalin dua anak yg lepas gitu lah gayanya..tapi sbb ada basah kt seluar takut air ketuban bocor tu yang gigih pergi gak hospital untuk cek.. sampai je sana mcm biasa cek CTG dulu pastu buat VE tengok bukaan 1cm dan doc lelaki yg cek aku masa tu kata itu bukan air ketuban..jadi doktor suruh aku balik rumah dan tunggu ada sakit contraction baru datang balik..hmm seperti yang di jangka kene halau balik rumah..
Petang 2pm, rasa lah juga perut ni kerap mengeras tapi tak sakit pun, so aku buat relax jelah..petang tu dlm kul 6 lebih ada rasa mild contraction..sela masa tak teratur sangat dalam 23minit, belas minit..
Lebih kurang jam 9 malam contraction tu rasa kuat sikit dari petang tadi dan sela masa 15-10 minit. Tapi masa ni masih lagi tak rasa kuat sangat so aku boleh relax lagi..bila dah 3 pagi contraction rasa kuat lagi dari 9 lebih tadi..aku dah cuak jugak masa tu..dah la suami aku duty kat sg buloh..jam 8 pagi baru dia balik..aku pun tahan jela dulu mula tu..sebab sakit tu belum tahap aku kerut dahi lagi..tapi aku inform dah suami kt sana tengok2 dia cakap dia minta balik awal..kul 4 lebih dia sampai rumah aku suruh dia tidur dulu sbb aku fikir anak² aku takde sape nak tengok, takkan nak angkut pagi² buta diorg dua gi hospital..kesian lak..so aku decide tunggu pagi lepas anak aku yg sulung g sekolah tadika..lagi pun aku tau jenis aku ni bukaan tu agak lambat..

-- To Be Continued --

Hasil scan 35weeks 3days

Assalamualaikum...Haritu ada story yg kata nak jumpa bidan dari sekinchan untuk betulkan kedudukan baby aku yg songsang..ok masa pergi tu sampai rumah parents ipar aku dlm kul4 lebih..after solat asar mcm biasa la org hidang mcm² dgn air..aku pun as tetamu xkan nak tolak kan so makan la sikit n agak banyak minum air sbb haus haus gila..cuaca mmg panas betul masa tu.. lepas makan tunggu adik ipar ak sesiap then pergi umah mak bidan tu..sampai sana dia baru nak solat asar dan minta nama penuh aku sbb dia nak buatkan air atas nama aku..beberapa minit lepas tu dia suruh aku masuk bilik dan aku ditemani adik ipar dlm bilik tu.. nervous gak masa tu..dia suruh aku baring dan dia sapu air yg dia baca tadi tu sambil goyang² kan sikit perut aku..mmg xde sakit apa pun masa dia buat tu sbb dia xurut pun...lepastu dia ambil mangkuk yg dalamnya ada beras dia buat pusingan ikut lawan arah jam atas perut aku..kebanyakan bidan yg betul bidan mmg akan akan guna kaedah ni..lepas tu dia sambung lagi goyang² kan perut aku..mmg ak dpt rasa baby aku ni bergerak..tp malangnya disebabkan baby aku tidur dan tak aktif untuk bantu bergerak mmg agak lambat lah dia berpusing..kemudian makcik tu ckp "kamu baru lepas makan ye?" "Makcik xboleh tolak lebih dari ni sebab tersangkut kt atas ni sbb perut kamu dah penuh" aku pun ckp " La yeke...xleh makan ke..saya xtau..kalo tau mmg saya xmakan minum tadi" sedih lak usaha yg nak dibuat xberjaya..tapi makcik tu tetap usaha last baby bergerak gak sikit dari betul² kepalanya kat atas dapat la senget ke belah kiri sikit..kaki baby pun dah tak tersangkut kat bawah lagi..masa makcik tu buat mmg rasa baby tu bergerak walaupun tanpa membuat urutan atau tolak mcm doctor yg buat ECV tu..
     Tiba hari aku checkup kt HUKM masa tu 35weeks 3 day, masa scan tengok baby duduk dalam keadaan melintang pula..tapi aku agak lega lah sebab kepala dia bukan kat atas lagi.. maksudnya dia dah boleh berpusing balik..masa tu agak bersyukur gak lah dan aku pun terus berdoa agar 36weeks nanti kepalanya berada dibawah..

Friday, January 5, 2018

BREECH / SONGSANG PADA 31 WEEK

Assalamualaikum semua yg sudi singgah ke blog mek eza ni.. Harini nak cerita rasa sedih dalam hati ni.. tengok tajuk je dah rasa sedih 😢😢..
Harini usia kandunganku sudah 31 minggu 4 hari.. Alhamdulillah diberi kesempatan sehingga sekarang membawa bayi dalam rahim ku ini.. cuma yg sedihnya masa checkup 28weeks doc ada scan dan doc cakap baby Breech @ songsang..agak terkejut juga lah tp doc tu baik cakap xpe ada banyak masa lagi bby nak pusing balik sbb masih banyak ruang..walaupun doc tu try tenangkan perasaan aku ni,aku tetap susah hati sbb kebanyakan bby songsang ni belum tentu dia nak pusing balik..doc cakap 36w baru boleh risau sbb biasanya 36w bby dah stuck xboleh nak berpusing so kene jumpa pakar..tapi jgn risau songsang ada bnyk jenis kalau bontot kt laluan boleh bersalin normal tapi bontot bby la yg keluar dulu..itu kata doc tu lah..hmm aku anggukkan aje kepala konon faham 😅 tp tetap xleh nk accept kenyataan yg sebenar bby aku songsang..so masa checkup 30w aku ada tanya nurse, betulke nurse boleh tau kedudukan bby tu songsang ke tidak..nurse jawab boleh tau n dia tanya kenapa..aku pun story la hasil scan 28w tu doc ckp bby breech..so nurse tu pun start la raba perut aku..then dia pun mcm unsure kedudukan bby aku hahaha tadi ckp boleh tau kan..pastu dia guna alat kesan jantung bby tu..baru dia ckp yelah bby awk songsang ni kepala kt atas..sbb kalo kepala kt bawah bunyi jantung dia kt sini sambil tunjuk kt aku lah kedudukan alat tu kt mana..lepastu dia raba2 lagi perut aku nk pastikan..dia ckp pegang bawah ni pun masih boleh goyang² lagi.aku pun xberapa faham apa yg boleh goyang tu..lepastu nurse ckp "xpe eza nnt masa checkup kt HUKM, 32w diorg akan cek n kalo songsang nnt diorg akan refer pakar..tapi awk pernah czerkan sebelum ni?" sambil belek buku pink aku..aku pun jawab ye..nurse ckp "kalo czer biasa doc xbuat dah ECV..(ECV tu proses pusingkan balik baby ke kedudukan yg normal, dan dilakukan oleh doktor pakar sahaja) ni apa yg akk tau la.." kata nurse tu.."Tapi eza boleh try tanya dan bincang dgn doc pakar kt sana.." aku dah seram dah kalau xboleh buat ECV mmg Czer la jawabnya..walaupun dah hampir 6 tahun merasai pengalaman czer tu sampai skrg aku TRAUMA.. hari² doa minta bersalin secara normal..kali ni aku pantang sendiri..mak aku xboleh tolong jaga sbb kerja..suami pulak cam biasa lah bukan boleh cuti panjang.. ngeri fikir nak pantang sendiri dengan 3orang anak yg kecik²..yg sulung baru 6 tahun pandai la urus sendiri tapi mcm makan tu masih lagi aku yg kene layan..no 2, 3 tahun..mandi sendiri tak reti lagi..kencing & berak kt bilik air pun aku yg bawak dan angkat duduk kt jamban sbb umah aku tu semua jamban duduk..basuh tangan lepas makan pun masih aku yg dukung bawak ke sinki..xleh bayangkan kalo czer aku nak buat smua tu 😢😢..jadi berharap sgt dapat bersalin normal..bukan apa, memudahkan urusan aku bila suami dah mula bekerja dan nak uruskan anak² walau dalam pantang..
Hari ini 31w, aku scan kat Poliklinik Az Zaara,ampang.. scan growth 2D baru RM30, so kesana lah kita sebab murah huhu..murah itu wajib k!! Masih mengharapkan keajaiban berlaku, malangnya sonographer cakap "kepala baby kat atas, ni kat bawah kaki dia...elok je bersila" aku pun 😱😱😱 terus rasa down, anakku masih lagi syok dalam kedudukan yg sebegitu..Ya Allah, aku dah usaha sujud lama² waktu solat..letak torch light & pasang zikir letak kat Kawasan ari-ari sambil berharap baby ku berpusing apabila mendengar zikir dan cahaya dikawasan bawah perut...malangnya hasil usahaku itu tidak berjaya 😞.
Akhirnya aku tekad untuk usaha cara kampung, adik ipar aku ada kenal bidan kampung dari sekinchan..adik ipar org sekinchan,rumah parents dia area tali air..so bidan tu mmg pure bidan kg..katanya lah..so bagi aku, tak apa lah ini salah satu cara aku nak usaha walaupun nurse tak bagi jumpa mana² bidan..esok 6/1/2018 makcik tu suruh datang rumah dia lepas solat asar..nak betulkan bby yg songsang ni makcik tu kene ikut kalendar islam..waktu yg sesuai esok 19 Rabiul Akhir.. sebenarnya dah tanya makcik ni dari aku checkup 30w lagi, dia ckp itu je hari yg sesuai nak betulkan kedudukan bby songsang..sebabtu harini 31w aku pergi scan nak tengok kedudukan baby..kalau ok memang tak pergi dah lah rumah makcik tu..tapi scan mmg songsang juga so kira proceed jela usaha dgn makcik tu esok.. berharap serasi lah dengan makcik tu... harap semuanya di izinkan Allah dan berjaya pusingkan baby ke kedudukan yg sepatutnya..aku hanya mampu usaha dan berdoa..nanti dah jumpa bidan tu, aku story balik kat sini... Doa kan saya ye semua...