Friday, March 31, 2017

Akhirnya Tak Pregnant

Hai All..
Akhirnya period cycle aku datang tepat seperti yg dijangka..iaitu 30 hari. 29/3/17 jam 11 lebih tengah malam bendera jepun di naikkan hehehe... So symptom merepek yg aku lalui seminggu sebelum due period tu bukan lah simptom mengandung, tapi simptom nak period hokeyyy...tapi 29/3 pagi tu aku saja cek suhu tengok 36.4c aje...biasa orang pregnant ni suhu dia maintain 36.6 ke atas sahaja...nasib baik aku tak pergi labur duit kat watsons beli pregnancy test..hmm jimat duit suami hakak deknon..nampak je suhu drop dah agak dah mesti nak period and tak pregnant..betul pun tengah malam tu daku period.
Tak kisah pun tak hamil yang penting aku dah tahu berapa CD aku sebulan, so next month try harder fot TTC..

Sunday, March 26, 2017

Cramp Perut on CD26 CD27 CD28

Cramp atau senggugut sebelum Haid

Harini ikutkan CD28 dan dah 3 hari aku rasa senggugut, datangnya takde lah kerap kadang-kadang aje tapi kalo datang sakit tu memang betul sakit la jugak..
Nak kata nak datang period tak tau lah pulak bilanya, sbb mcm aku bgtau dalam entry sebelum ni aku baru 1st time period hujung bulan 2 haritu, so tak tau cycle tu berapa hari...cuma aku assume 30 hari..
Tapi aku rasa aku ovulate masa CD14/CD15... Kalo CD14 normally cycle day 28 hari.. Kalo 28 hari period tu akan muncul esok  27/3.. Kadang fikir balik betulke nak period kan...tu sebab senggugut? ke tanda nak ada isi hahaha...rasa tak sabar nak test UPT tapi kene tunggu paling kurang 5 hari lagi...Harap adalah rezeki, kalo takde pun harap lah period turun dalam cycle 28-30 hari..
Taknak lah nanti period tak turun atau pun lambat turun, sebab aku masih BF anak aku, mesti frust gila nanti huhuhu....

Sunday, March 5, 2017

Tak Period dari bersalin hingga dot dot dot

Tak period walaupun anak dah hampir 2 Tahun.

Isu period ni biasa sangat jadi kat semua prempuan dalam dunia ni, termasuk lah aku. Aku ada masalah tak period lepas bersalin ni sampai lah umur anak aku 1tahun 8bulan lebih, sikit lagi nak ke 1tahun 9bulan..punya lah lama kannnn...perasaan tu agak stress rasa mcm diri ni tak lengkap hidup sebagai seorang wanita hukhuk.. :-P
Lagi pun aku nak sangat tambah ahli keluarga..huhu memandangkan mengejar usia yg dah 30an ni, anak baru dua plak tu, tengok kiri kanan belakang depan atas bawah semua dah ada 3,4,5..
Harta yg perlu ditambah...kot la boleh jadi saham aku kat akhirat kelak, ye tak? So agak stress disitu..huhu mmg bajet umur 31 nak 3 anak. Nak usaha lebih pun tak boleh sbb tak subur, tak period, mcm mana nak usaha kan...so sebenarnya mmg normal kalo korang still full BF anak, tidak didatangi haid. Kene lak anak tu mmg fesyen bergayut je mmg tinggi lah hormon prolaktin korg tu. Hormon Prolaktin ni ialah hormon menyusu, yg membuatkan korang tak period tau...Hormon prolaktin ni semua ibu yg BF baby ada, bezanya hormon tu tinggi atau tak je...kalo fesyen cam aku ni kompom hormon prolaktin tu terlebih tu sebab anak umur dekat 2 tahun pun masih tak period. So solution untuk masalah aku ni satu je stopkan susu badan ataupun kurangkan sesi penyusuan. Memandangkan anak aku pun dah 1 tahun 8 bulan + aku pun usaha la kurangkan sesi menyusu tu time dia tido malam aje..mmg agak susah mula tu, tapi terpaksa buat sebab aku nak period aku kembali seperti sediakala :'(
Aku buat dalam 12 hari je, lepastu tak menjadi nak teruskan helah untuk stopkan penyusuan waktu siang. Anak aku ni pandai sangat... macam2 aku letak kat situ tu...sehari dua je ok dia taknak, pastu dia hentam je walaupun tak sedap..haiiilaahhh Anak...Ohhh..Anak..tapi tapi tapi... haaa nampak tu perkataan TAPI... cubaan yg pendek tu berjaya membuahkan hasil, akhirnya aku period balik! Melompat bintang ke langit biru aku masa tu hahaha menjerit mcm orang dapat emas sekilo bahahaha...tanya laki aku "nak tau tak apa dia?" suami aku terus je jawab "period?" aku terus cakap "eh mana tau?" suami den kabo balik "abeh menjerit melompat macam apa lagi..." hahaha seronok gila kau...sepanjang period tu jumlah hari dia 6 hari, hari ke 7 dah stop. Cumanya tak sure cycle aku kali ni berapa hari..now aku baru start balik usahakan stopkan penyusuan sesi siang, sebabnya taknak nanti period aku untuk next cycle (aku bajet cycle aku 30 hari) pada 29/3/2017 tak berkunjung tiba..dalam pada masa yg sama akan ku usahakan tuk TTC hope ada rezeki...doakan aku yer :-)